Posts

Bukannya Pemalas, Perempuan Memang Perlu Tidur Lebih Lama Berbanding Lelaki

Image
Tanpa seorang suami sedar, ketika suami sedang lena tidur isteri belum tidur lagi mereka akan memastikan keadaan rumah dalam keadaan bersih dan keperluan pada esok hari sudah disediakan. Rutin seorang isteri tidak kira sewaktu hari bekerja mahupun hujung minggu adalah hampir sama kecuali kebiasaannya pada hujung minggu isteri cuba mengambil peluang untuk tidur lebih lama dari hari bekerja. Tapi kadang kala pada hujung minggu ini lah kaum kerabat saudara mara ingin datang ziarah ke rumah. Di saat ini suami yang tidak memahami keperluan tidur seorang isteri akan mengganggap isterinya pemalas dan hanya tahu tidur sahaja di hujung minggu. Hakikatnya? Siapa yang perlu tidur lebih lama, wanita atau lelaki? Jawapannya ialah wanita. Tapi sebab apa? Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata, otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari. Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati, wanita yang kurang ...

Bersihkan Jubin Berlumut Dengan Cara Pantas

Image
Kita perlu mandi untuk mencuci badan kita dari kekotoran dan peluh sepanjang bekerja. Mandi membersihkan diri tapi dalam masa yang sama membuatkan bilik air kita cepat kotor kerana berkumpulnya segala bakteria di dalam bilik air. Kawasan paling mudah kelihatan kotor dan comot ialah jubin bilik air. Bukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata? Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif! Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan? Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu...

Beras Pulut Rahsia Putihkan Kulit Muka, Jom Cuba!

Image
Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada. Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka. Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Jom tengok apa bahan-bahannya. Bahan-Bahan: 4 sudu besar beras pulut 2 sudu besar Rose Bud 1 sudu besar susu tepung Sedikit air mawar Cara-Caranya: Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut ta...

Blogger Masakan Ini Kongsi Rahsia Cara Nak Buat Sambal Tumis Cantik Warnanya, Sedap & Tahan Lebih Lama

Nak buat sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama ada caranya. Sambal tumis ni memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja. Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan. Rahsia nak buat sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama ini merupakan perkongsian ilmu oleh blogger masakan terkenal,  Azlita Masam Manis . 1.Warna Sambal Cantik Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik. Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa ...

9 Model Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia

Image
kredit gambar  fuelgarden Antara kriteria penting untuk dinilai apabila membeli sebuah kereta ialah penjimatan minyak, lebih-lebih lagi dalam situasi harga minyak tak menentu serta bebanan sara hidup zaman kini. Oleh itu, kami senaraikan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak sebagai rujukan buat anda yang ingin membeli kereta baru. Namun, senarai ini hanya bagi model kereta yang menggunakan bahan api petrol sahaja, tidak termasuk teknologi hibrid. 9. Proton Iriz 14.5 km/liter (100 km = RM14.90) Proton Iriz merupakan  hatch  segmen B yang ditawarkan dalam 8 variasi serta 4 tahap  trim  dengan dua enjin buatan khas dan pilihan transmisi. Tahap kemasukan yang disedut secara semulajadi pada enjin 4 silinder 1.3 liter model ini mengeluarkan tork sederhana 94hp and 120Nm. Anjakan yang lebih tinggi pada enjin 1.6 liter menghasilkan 107hp pada 5,750rpm dan 150Nm pada 4,000rpm. Kedua-dua enjin tersebut terdapat da...

Kod Rahsia Dalam Telefon Android

Kod Rahsia Dalam Telefon Android Bagi korang yang memiliki telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, kemungkinan besar ada antara korang yang tidak tahu menahu mengenai kod-kod rahsia OS Android di dalam telefon pintar korang tu..Hal ini kerana, kod-kod ini tidak disediakan dalam manual pembelian telefon pintar dan ada sesetengah daripadanya amat sukar untuk ditemui di dalam Internet. 1. Tests – *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor – *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh – *#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh – *#*#0*#*#* – Ujian LCD – *#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama – *#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar] – *#*#3264#*#* – Versi RAM – *#*#0283#*#* – Paket Loopback – *#*#232331#*#* – Ujian Bluetooth – *#*#232337#*# – Tunjukkan tempat peranti Bluetooth – *#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi – *#*#1472365#*#* – Ujian GPS – *#*#1575#*#* – Satu lagi ujian GPS 2. Mendapatkan Maklumat Firmware. – *#...

Minuman Merawat masalah dalaman wanita

Image
Faktor hormon yang tidak stabil sering terjadi kepada anak dara dan juga wanita zaman kini .Terlampau stress juga lah yang membuat kan dalaman terabai . Jerawat pula penuh menempel dimuka .Serta keputihan yang keluar bagaikan susu dan juga gatal disekitar faraj.Semua ini berkait rapat cara pemakan yang tidak seimbang. Kurang ambil sayur dan serta aktif bersukan. Khasiat: Merawat masalah dalaman wanita  kawal diabetes  kolestrol tinggi  mewangikan badan  Angin dalam badan  Cirit birit  Sengal-sengal badan  Sakit kepala/menyejukkan badan  Segarkan badan  Mengalami jerawat muka dan badan  Melicinkan kulit  Hilangkan gatal-gatal kulit Amalkan sekali sahaja untuk sebulan . Bahan bahan: 3 helai Sireh hijau  3 helai Daun pandan  3 tangkai Daun inai  3 inciHalia Cara cara: Direbus kesemuanya dengan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas Tapis dan minum bila sudah suam. Membaca bismilah dan...